Baiklah, pada kali ini saya ingin menulis didalam bahasa kebangsaan kesayangan saya. Untuk mereka yang terlalu bersikap barat dan tidak menyayangi bahasa kebangsaan mereka atau memang bodoh ,saya tidak risau sebab anda tidak memahami saya memanggil anda bodoh sebab anda tidak faham apa yang saya katakan, tidak mengetahui bahasa ini, sila baca tersebut :

I just want to write in my beloved national language okay? Savvy? (LOL, notice the savvy word? i got the Kong flu now :P )

Baik! Mari kita mulakan tentang apa pendapat saya tentang hari ini. Hmm, saya rasa mungkin tidak ingan menulis tentang hari ini sangat kerana hari ini terlalu bosan dipenuhi dengan dengkuran tidur saya yang amat merdu.

Sepatutnya saya ingin ke sekolah kerana ingin meminjamkan baju rasmi Kadet Remaja Sekolah saya kepada Nabilah tetapi kerana beberapa masalah terpaksa membatalkan hasrat tersebut.

Sudah lama tidak mendengar berita daripada Shah ( sebenarnya beberapa hari saja) tapi memang saya langsung tidak memangggilnya melalui apa cara maka tidak hairanlah.

Rase seperti ingin mengambil beberapa kelas tambahan kerana ibu baru menanya jika saya ingin mempelajari sudoku tapi kena lihat dulu kerana jadual saya penuh dengan masa untuk tidur dan tidur it teramatlah penting!

Baiklah itu sahaja untuk sekarang, ingin melihat cerita "Storm Riders"! Ya, cerita Cina tahu 1998 itu. Haha, saya rasa amat lawak terhadap tahap grafik mereka tetapi dulu saya mengaguminya.

Baik baik! itu sahaja!

Au Revoir!

:)

0 Comments:

Post a Comment